template

nuffnang

Saturday, March 30, 2013

Kabinet

Tadi pak incik call aku..suara kemain keras je. Aku tak boleh org nk suara2 keras ni tak tentu pasal, mule lah aku nak naik antu. Rupenye die tengah tahan marah kat cina pasang kabinet rumah ktorang. Hahahahaa chill lah bro!

Kabinet dkt dapur tu dah siap cumanya cina tu salah pasang je. Supposed granite tp die pasang kayu. Tak puas hati lah pak incik kau... Die kabo die marah cina tu tapi aku sikit pun tak percaya. Muka die nk marah orang? Dlm mimpi je lah! Die mane reti nk marah, nk sound2 orang ni. Paling dahsyat die senyap lari tepi sudut je. Kalau die sound pun mcm bercakap dlm kelambu. Hek elehh ape barang bro. Cube kasik aku sikit nombor telefon cina tu, insyaAllah peluru berpandu keluar sedas dua.

Orang bukan tak bayar, bayar okehhh mahal pulak tu. so ko buat keje elok2 jgn cincai2 kang ade yg kene dgn aku ni kang. Nasib baik kau berurusan dgn pak incik, selamat gegendang telinga kau. Kalau berurusan dgn aku memang aku tunggu die buat keje tu sampai siap. Muahahaha.

Ktorang bukannya ape, boleh je nk terima die pasang kayu tu sbb aku dgn pak incik bukan cerewet pun. Kitorang boleh berlebih kurang, kepala tak kisah tapi fikir la kalau kayu tu bubuh tepi sinki kang setahun dua aku guna dah reput kayu tu. kosser lah nk betulkan lagi, kene guna duit lagi. Hoiii cukuplah duit mengalir kali ini, nk pengsan aku tgk flow perbelanjaan. T__T

So sekarang pak incik cakap cina tu tengah buat balik yang atas tu nk pasang granite.. Aku lantakkan je, mls nk amek pusing. Ko selesaikan lah dgn cina tu yang. Dah siap esok baru mak incik melawat kawasan. Muahahaha.

Aku outstation sabtu ahad ni tapi baju sehelai pun tak packing lagi. Malas sungguh. Okay, nk g kemas baju dulu nanti2 mak incik dtg lagi. Tata.


Sent from my iPhone

Tuesday, March 26, 2013

23 Mac 2013

Aku tak reti nk mula macam mana, gila kaku nak menulis entri ni knape ntah. dalam kepala otak ni ade banyakk sangat benda nak dicerita tapi bile nak menulis jadi blur. selalu sangat begitu tauuu.

Actually on 23rd March 2013 aku officially jadi tunangan Pak Incik, akhirnyaaaaa! haha setelah bergaduh, bertumbuk, bertengkar, bercinta, berkasih sayang, bermanja (bluwerksss muntah pelangi) selama 4 tahun 2 bulan akhirnya diri kami diikat, auww malus!  Plan asal taknak bertunang pun, memang tarikh 23 Mac 2013 tu family die nk datang merisik, meminang and terus nk tetap tarikh untuk bernikah. ktorang kan jauh...so mcm kesian pulak nk datang banyak-banyak kali buat majlis. Negeri Sembilan dengan Johor engkauuuu, bukan Negeri Sembilan dengan Melaka. Last-last tarikh 23 Mac tu jadi tarikh ktorang bertunang, haaa terkangkang-kangkang cikyah kat kampung buat persiapan, kesian sangat tau. aku kat sini kasik duit je, tolong pun dah last-last minit. 

Bile dah dapat tahu nk kene bertunang lanang dalam kepala otak aku terus fikir nak pakai baju apa. Plan nk pegi cari baju dah siap je tapi bile fikir balik aku takut tak pakai pulak lepas tunang esok, kang membazir pulak. so hujung-hujung aku sewa je dekat butik pengantin.  Kebetulan dua minggu sebelum majlis berlangsung aku balik kampung, dah kebetulan balik tu langsung terus ke butik pengantin lah tengok pelamin mini dengan baju untuk dipakai. adhoc beno-beno aku kabo ni, aku risau je darah cikyah naik stress duduk memikir pasal majlis aku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. 

Lepas tu mini pelamin ni awal pulak diorang pasang, majlis hari Sabtu pelamin dah pasang hari Senin. gila betul. Pagi-pagi morning hari Isnin tu cikyah dah call aku cakap pelamin pasang haritu jugak, tanjat gegirl tau. bingkas aku bangun dari tido, terus seharian tu aku duduk berdebor memikir. stress sungguh lah nk melepaskan bab tunang ni. aku bukan ape, darah gemuruh aku ni lebih dari orang lain sikit. kalau tidak takdenye aku boleh demam sehari sebelum majlis. demam okeh! mcm nk dpt laki je kekdahnye nk demam bagai. vodo sungguh.

Aku ingat demam tu kebah lah tapi elok pukul 5 pagi hari Sabtu tu tak boleh tido sebab badan panas sangat, kepala ni toksah cakap lah mcm nk pecah rasa die. aku duduk risau ni mcm mane lah nk bertunang kalau dah demam takleh nk bangun. Dah plan nak sarung cincin sambil baring je, muahahaha dasat nau! Subuh tu aku telan panadol, kebah la jugak pagi tu. dapat tolong ape2 yang patut tapi kepala still rase melayang-layang lagi. sampai la time nk kene solek dengan mak andam, mak andam dah bising apehal dahi panas, nafas panas, eh segala-gala lah panas time tu. Mak andam cakap next time tak payah nk sakan keluar beli barang-barang, duduk rumah diam-diam sebab darah tengah manis. eh, tunang pn dikira darah manis jugak ke? aku ingat org nk kawen je darah diorang manis. cehh mane mak incik tauuuuuu. so tengah-tengah bersolek tu aku telan lah lagi panadol, mujur lepas tu elok die berpeluh-peluh sampai ke petang. Tapi bile majlis selesai je datang balik demam hakuuuuu, melepek dekat tepi dinding dengan bantal seketul. waktu tu sempat salin baju je, make up, bulu mata pelesu semua tak dan nak tanggal. Dekat maghrib tu aku gagahkan jugak diri ni bangun pegi mandi semua pastu elok siap mandi tu terus bantai tido santak ke besok pagi. haaa kauuuu puas terus demam aku baik keesokan hari. anje angat nampak gaya, PANGGG skali baru tau. T__________T

Setelah persetujuan dicapai insyaALLAH majlis aku nanti berlangsung bulan 6 tahun ini jugak. gila singkat masa untuk aku berjimba. eh. Bukan berjimba, tapi nk uruskan segala macam perkara tu mcm suntuk sangat rase. dengan kursus kahwin aku tak pegi lagi, kad jemputan, bla bla blaaaaa. mohon semua dipermudahkan lah hendaknye. tapi yang buat aku stress sikit tu lepas kahwin terus kene puasaaaa, alaaaa malasnye nk kene bangun masak untuk sahurrrrrrrrrr. aci tak takyah bangun sahur eh? aku malas hei nk memasak...kang ade aku bagi makan sekut cicah milo je kangg. wuwuwuwuwwwuuuu.

Eh macam panjang berjela pulak membebel, meh layan gambar yang tak seberapa ni...

ni baru je siap makeup...rase nak lempang muka sendiri tak tahulah kenapa. muahahahaa. time ni kepala aku mcm ada batu, nk sengih pun malas nk ketawa hahahahaha apetah lagi. so kite sengih sipi-sipi je lah.

ni dekat pelamin..time ni tengah tunggu bakal mak mertua (auwww dah nk dapat mak mertua kerrr?) nk sarung cincin. dapat lah dua bentuk cincin time ni..satu belah rotan satu ade batu kat atas. time kasih lah pak incik oi.

Aku dah cakap time batal air semayang nikah nanti taknak cincin dah sebab dah takde jari manis nk sarung. so aku demand gelang kaki. aci tak?

Dan-dan kene jeling maut dengan cikyah...ko tau ape die cakap? 

"ko jangan nak memalukan aku, tak penah-penah orang batal air semayang laki memakaikan bini gelang kaki. kohajo sangat aku tengok, dengan bulu kaki kang nampak kat orang nk menyelak-nyelak kain. ko jangan nk mengadaaaaaa!!!!"

Elehhhhh mama niiii, kaki ai vulus tak banyak lah! vulus anje-anje jewwwwwwww

Ok sekian saje entry pertunangan. 

tata!




Ambil mood

Aku tengah gigih update blog pasal tunang lanang ni. Malas ohhhhh tapi semangat nak bercerita. Muahahaha.

Mohon petang kang siap la satu entri yeh.. Satu je pun entri pasal tunang ni, kosser haku nk tiga pat belas entri pasal tunang saje.

Okbai!



Sent from my iPhone

Tuesday, March 19, 2013

Tak lama lagi dah

Harini dah hari Selasa, lagi 3,4 hari je lagi majlis nak berlangsung. perasaan aku? macam-macam adaaaa. sekejap kang takut sekejap kang berdebo sekejap kang mcm suke. tapi sampai sekarang pun rasa macam mimpi. slalu sangat tanya kat diri sendiri eh yeke aku ni nk jadi tunangan orang ni? kadang-kadang kalau tengah whatsapp dengan pak incik ktorang mesti tanya, eh yeke kita nak bertunang ni??? betul ke kita nk kahwin ni??? gila masing-masing rasa macam tak percaya. semuanya berlaku dengan amat pantas!

Plan nak kahwin tu dari 2,3 tahun lepas dah..tapi biasalah setakat main cakap-cakap kosong, borak-borak manje je. tapi keputusan yang betul-betul drastik nak menamatkan zaman bujang is bulan February haritu. gila kan? mendadak betul. tanjat gegirl tauuuuuuuu.

Semalam cikyah call cakap pelamin dah nak pasang, kemain awal! datang balik darah gemuruh aku bile cikyah cakap gitu. hoiiii tanak bertunang bole tak? taknak nebes banyak kali, kang nk kawen kang nebes lagi. huwwaaa.  aku sebenarnye taknak main tunang lanang ni, aku kalau boleh nk terus langsung je senang. malas nk renyah wehhh, kalau boleh bertunang ni aku nak sehabis ringkas. pakai baju kurung tudung bawal pastu duduk bersimpuh kat atas karpet sarung cincin salam peluk ciom. hah selesai. kan ke mudah tu...ni ntah macam mana siap ade pelamin bagai ni. hadeshhh nk pakai topeng time tunang ni aci tak eh?




Friday, March 15, 2013

Nak kulit cantik

Semenjak dah berusia ni kan pastu semenjak dah nak jadi tunang orang ni aku sakan cari supplement. ni name die nak terberak baru nk gali lobang. bajet ko makan dalam 2,3 minggu dah flawless gile lah muka? non hado. tapi at least esok nak menikah nampak lah sikit sinar flawless kat aku. kemain harapan menggunung. pui.

Untuk inner health, aku amek VCO Catalyst. alaa minyak kelapa dara tu yang ramai orang duduk jual dalam fb tu. sekarang ni dekat mana2 kiosk pun dah boleh jumpa vco ni, so takde lah payah ko nk beli online and nak menunggu vco ni sampai rumah.  biase lah kalau kite beli online nk tunggu barang sampai makan lah 2,3 hari waktu bekerja. ai is jenis tak boleh bawak bersabar, kalau nk time tu..time tu jugak nk depan mata. gelojoh sangat.

Tak silap aku penah jugak buat entry pasal vco ni kot dulu..so far memang berkesan la vco ni dekat aku, berak pun lawas.  aku kan bangsa ade masalah dengan nek membuang bahan buangan, kalau dulu 4 hari tak berak pun relax je. tapi sejak makan vco ni elok tiap2 pagi lepas makan pagi die sakit perut. lepas tu kulit pun dah beransur bermaya. kalau tidak kan ade je macam kulit kering dekat bahagian betis ni, sekarang takde dah. walaweh.

Lepas tu yang syok nye vco ni boleh sapu dekat muka, ko cucuk lah bontot kapsul tu dengan jarum pastu ko picit sampai minyak die keluar then tepek lah dekat muka. selalunya aku pakai malam sebelum nk tido bawak la ke pagi esok. bile bangun pagi nak mandi cuci muka rase kulit muka halus gila bak baby. cube la korang amalkan hari-hari insyaALLAH berkesan. aku berani cakap sebab aku dah cuba.

Lepas cuba makan and sapu vco ni dalam 5,6 bulan aku stop makan sebab time tu bz gile takde mase nk beli. alasan kan? padahal femalas. bajet kulit dah berseri terus malas nk sapu and makan lagi dah. bile dah agak berusia pulak sekarang ni, baru lah menggagau nk makan balik. harap tak terlambat lagi lah ye. kih3.


ini lah rupa vco, makan dua biji sehari. die ade dua pilihan, ko boleh makan sebiji pagi lps breakfast and sebiji malam lps dinner. tapi aku kan jenis pemalas, aku akan makan sekali harung dua biji time nk tido. tapi aku pastikan perut aku kenyang dulu sebelum aku telan. kenyang tak semestinya ko kene makan nasi, ko minum milo panas pn okay, so lepas tu kite telan lah ia sebanyak 2 biji dan bawak lah tido lepas tu.
(gambar: sumber google)



Orang yang buat aku berani nak cuba vco catalyst ni. cantik kan? kulit flawless gila vavi. aku rajin baca blog die dulu, mula-mula main kagum-kagum tengok kulit dia flawless. bile dah hari-hari bukak tros terasa nk cuba dan Alhamdulillah terus jatuh hati dengan vco ni sampai sekarang walaupun ade masa-masa yang aku stop ambik. (gambar: sumber google)

Untuk muka pulak aku skrg tengah cuba produk baru..kalau berkesan muka mak incik, mak incik war-war kan di sini ye. okay, sudah dulu..nanti ade cerita best yang nak dikongsi aku update lagi k. 








Perangai

Eeeee ini lah masalah orang perempuan..aku tak tahu lah masalah ade pada aku sorang je atau semua orang perempuan ade masalah macam ni jugak. kalau masalah ni memang pada aku sorang memang jahanam sangat lah rasenye.

Tetiap pagi mesti duduk termenung depan almari baju fikir nak pakai baju ape. semua baju pun nampak dah lama, semua baju pun nampak dah buruk. semedanggg fikir nk beli baju baru. tak kire lah baju ofis ke, baju dating ke, baju duduk dekat rumah ke. gile ke ape aku ni? kalau baju keje tu ade yang baru sikit die punya semangat nk pegi keje lain macam. membuak-buak. tidak lah kate kalau takde baju baru tu malas nk pegi keje, tapi bile ade baju baru tu semangat die tu makin tinggi, berkobar-kobar. hiyah hiyah.

Selalu mengadu dekat Pak Incik takde baju nk pegi keje, setiap kali mengadu tiap kali tu lah aku kene bebel. die ni kenape yeh? die mmg tak paham jiwa org perempuan ke saje buat tak paham ke saje pendengki? kalau cakap nk beli baju sikit je mesti die nak banding dengan die. baju keje die dah lame tak beli lah, suar keje die dah lame tak berganti lah, spender dah koyak rabak lah. yang ko masukkan spender dalam mesin basuh kenape? memanglah sakan die merabak kalau dah kene putar dalam tu. lagiiii nk bandingkan dia dengan aku. stress mak incik. 

Sekarang ni aku dah tak sakan sangat fikir pasal baju sebab banyak nak guna duit. Minggu depan mak incik nk bertunang dengan Pak incik so duit memang mengalir macam air kencing. slalu sangat mengalir nye tak dapat nk ditahan-tahan lagi dah. Tak kisahla yang penting segala urusan dapat dilangsungkan dengan mudah dan cepat. ewah nk cepat saje. 

Citer pasal tunang tu nanti lah buat entry lain k, ni entah bile pulak aku nk update blog. Setakat ini dulu untuk petang ni. eh lagi satu hari Ahad ni ade purple walk dekat Putrajaya, mehla ramai-ramai. Aku kene bertugas time tu..kene datang ofis seawal pukul 6 pg. gila ke hapa diorang ni, dahtu aku nk kene bangun pagi pukul berapa? confirm semayang subuh dekat ofis. huwwa.

Cukup lah kot rasenye luahan rasa untuk petang ni, tu Pak Incik tengah tunggu aku email die surat tu. aku boleh siap update blog dulu ni hah. muahahahaaa.








Thursday, March 14, 2013

Tentera

Semalam mak incik kuar mkn mlm ngan pak incik dekat restoran cina muslim, bajet nk layan nasi goweng cina sama ayam rebus. Bile da kenyang perut tu masing2 duduk layan phone. Aku ajo pak incik guna twitter. Jgn main-main pak incik aku skrg dah ade twitter okehhh! Tp die tak tweet ape2 pn stakat ni. Takat duduk follow kj die, bace pasal current news je. sedih nau pak incik aku. Muahahahaa.

Bile dah layan twitter duduk layan buletin utama pulak. Tgh2 melepak tu ktorang duduk la berborak. Tgh2 berborak tu pak incik duduk tenung aku. Perasaan sgt bile tgk boypren duduk mata bertentang mata. Ingat ade lah kate-kate romantik nk keluar dari mulut tapi hampehhhh! Tau ape die cakap?

"Awak ni saye tgh harini mcm tentera lah"

Olololo sweetnye anje ucuk aye. Motip sangat nk ckp aku mcm asko kenape? Heiii pakkal je nk jadi laki, kalau kawan-kawan da lame aku pang atas dahi tu.